Masalah Biasa Apabila Keahlian Diuruskan Secara Manual

Semua nampak “okay” ketika rutin harian… tetapi jadi kritikal bila berlaku kematian atau kecemasan.

Sukar Cari Maklumat Pantas
Cari status ahli aktif, tarikh bayaran terakhir, atau rekod lama sering ambil masa—terutama bila fail berpecah-pecah.
Risiko Data Hilang / Tertinggal
Laptop rosak, fail tersalah versi, atau “backup” tak konsisten boleh menyebabkan rekod penting hilang.
Tersilap Kelayakan Ahli
Semasa kes kematian, silap semak kelayakan (aktif/tertunggak) boleh menyebabkan pertikaian dan tekanan kepada biro.
Waris Susah Dihubungi
Maklumat waris (next of kin) tidak lengkap/terkini menyebabkan proses makluman jadi lambat.
Laporan & Audit Ambil Masa
Nak buat laporan bayaran, senarai tunggakan, atau semakan akhir tahun jadi kerja manual yang memakan masa.
Bergantung Pada Seorang “Pemegang Fail”
Jika AJK tertentu tiada, sukar untuk orang lain akses maklumat yang diperlukan.

Apa Yang Sistem Khairat Boleh Bantu Bila Berlaku Kematian

Maklumat kritikal dalam satu tempat — cepat dicapai, mudah disemak.

Situasi: Panggilan kecemasan diterima
  • Semak status ahli: aktif / tertunggak / tamat
  • Semak waris terdekat: nama, hubungan, telefon
  • Semak alamat ahli: untuk urusan cepat
  • Rujuk sejarah bayaran: untuk keputusan yang jelas
Automasi yang bantu kerja biro
  • Carian peserta pantas (nama / MyKad / no telefon)
  • Rekod tanggungan & waris tersusun
  • Laporan mudah (tunggakan, senarai ahli aktif, sejarah bayaran)
  • Akses dari telefon (mobile friendly)

Berminat Tukar Dari Cara Manual Ke Sistem?

Mulakan sekarang. Klik ke halaman pendaftaran dan mula urus peserta serta bayaran dengan lebih tersusun.

Mulakan dalam 3 langkah
1) Daftar organisasi
Isi maklumat asas dan pilih pakej.
2) Masukkan peserta
Tambah peserta dan waris / tanggungan.
3) Urus bayaran
Semak status dan jana laporan bila perlu.